fbpx
Gambar hiasan janaan AI.

Bapa resah lihat anak gadis pakai baju lama, minyak wangi isteri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Seorang bapa meluahkan dirinya tidak boleh melihat anak gadisnya memakai barang-barang peribadi isterinya apatah lagi setelah menginjak usia dewasa.

Menerusi perkongsian lelaki tersebut di aplikasi Thread, dia berkata anak gadisnya berusia 17 tahun sering berkongsi barang peribadi isteri termasuk minyak wangi, bedak dan baju tidur.

Katanya, perbuatan itu mengingatkannya pada isterinya ketika waktu muda sehingga kadang-kala menaikkan syahwatnya sebagai seorang lelaki.

“Anak saya juga mula pakai pakaian maknya masa muda-muda dahulu. Bila saya pandang, terdetik rasa macam tengok isteri zaman muda dulu.

“Badan dia pula tak lari macam isteri waktu muda dulu. Saya tahu tak salah kongsi semua tu tapi masalahnya itu adalah daripada diri saya sendiri,” katanya.

Lebih parah lagi si bapa berkata ketika menghantar anaknya ke sekolah, dia terbayangkan isterinya pada mula-mula berkahwin dahulu.

“Yang lebih menakutkan, bila isteri pakai minyak wangi anak, waktu bersama isteri saya boleh terbayangkan wajah si anak. Saya takut dengan diri saya sendiri. Saya juga sudah mula menjauhi diri dengan anak dara saya,” katanya.

Kata si bapa, dia mulai buntu apabila anak menunjukkan perasaan sedih kerana dirinya mula menjauh serta memberikan pelbagai alasan.

Tinjauan Kosmo! di ruangan komen mendapati ada yang mendapati kisah tersebut seharusnya dijadikan iktibar buat para ibu di luar sana.

“Terima kasih sebab kongsi. Anak perempuan saya kecil lagi, tapi saya akan ingat. Logik je apa dia cerita, selagi manusia bernafsu. Bukan nak kata suami jahat, tapi dia bukan malaikat. Jadi kita pun kena beringat,” komen Syima.

Bagaimanapun ada juga yang mengecam si bapa kerana dianggap tidak pandai mengawal nafsu sendiri terhadap anak kandungnya.

“Ramai je anak kongsi barang dengan ibu, tak ada pula bapa mereka naik syahwat. Anak tetap anak walau pakai baju siapa pun. Tapi perasaan tu semua ujian Allah nak bagi dekat dia,” komen Misae.

“Nafsu sendiri tak boleh kawal, macam biasalah ada sahaja benda nak disalahkan,” komen Shah. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI