fbpx
ANGGOTA bomba mengangkat mayat lelaki yang ditemukan lemas selepas terjun ke dalam lombong berhampiran Kampung Dato' Ahmad Said 3 di Manjoi hari ini.

Lelaki terjatuh lombong ditemukan lemas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

IPOH – Seorang lelaki yang dikhuatiri hilang selepas dipercayai terjun ke dalam lombong berhampiran jambatan Kampung Dato’ Ahmad Said 3, Manjoi semalam, ditemukan lemas hari ini.

Mayat V. Premkumar berusia 43 tahun itu dijumpai pasukan mencari dan menyelamat pada jarak lima meter dari tebing pada pukul 7.26 pagi.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Meru Raya diatur gerak ke lokasi selepas menerima panggilan pada pukul 8.25 malam.

“Berdasarkan maklumat daripada orang awam di lokasi kejadian, mangsa dikatakan terjun ke dalam lombong meskipun telah dipanggil untuk naik ke darat.

“Lelaki itu dikatakan terus berenang ke tengah lombong sebelum hilang dari pandangan,” katanya di sini hari ini.

Menurut beliau, operasi mencari dan menyelemat (SAR) segera diaktifkan dengan membuka Pusat Kawalan Bomba (PKB) di lokasi dengan operasi pemantauan dan pencarian dijalankan di sekitar tebing lombong.

Katanya, operasi yang disambung hari ini menggunakan sebuah bot kemudiannya berjaya menemukan mangsa dalam keadaan terapung tidak jauh dari tebing. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI