fbpx
AIMAN Tak Kesah mengakui hubungannya dengan Siti Jamumall bertambah baik. - SADDAM YUSOFF

Tunggu anak lahir, Aiman Tak Kesah mahu rujuk Siti Jamumall

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SHAH ALAM – “Saya mengharapkan jatuh talak dua supaya saya boleh rujuk.”

Demikian respons pempengaruh Aiman Tak Kesah yang mengharapkan dapat kembali rujuk dengan isterinya, Siti Jamumall sekiranya mahkamah memutuskan mereka bercerai talak dua.

Pada masa sama, Aiman atau nama lengkapnya Khairul Aiman Abdul Kudus, 22, mengakui masih menyimpan rasa sayang terhadap isterinya dan berlaku banyak kekhilafan sepanjang perkahwinan mereka.

“Kita bukan bujang lagi kan? Berbeza bila kita dah ada anak ini.

“Jadi saya harap yang baik-baik saja. Saya tak nak anak kami menjadi mangsa perceraian, kasihan.

“Mungkin ada kesilapan daripada saya sebelum ini. Mestilah ada rasa sayang sebab kami ada anak.

“Kalau tak sayang, takkan saya nak tipu diri saya kan? Kalau boleh mempertahankan, kita mempertahankan. Kalau tak boleh mempertahankan, itu semua takdir Allah SWT,” katanya kepada Kosmo! Online.

Selain itu, Aiman mengakui masih berkomunikasi dengan Siti dan meluahkan keterujaan menunggu kehadiran cahaya mata pertamanya.

“Ya ada, kami masih lagi berhubung. Saya ada juga ke klinik untuk pemeriksaan, saya masuk dalam proses check-up. Kami berbual macam biasa.

“Saya sangat-sangat teruja dan keterujaan saya berganda sekarang. Pertama untuk tunggu keputusan dan untuk menunggu kelahiran anak saya,” ujarnya.

Aiman juga tidak menafikan proses mahkamah memberi kesan kepada kerjaya namun akur demi memberikan yang terbaik untuk masa hadapan keluarga.

“Bagi saya, proses yang berlaku ini menganggu, terutamanya untuk urusan kerja saya.

“Tapi tak apalah, ini pun untuk masa depan. Untuk anak semua insya-Allah yang terbaik,” jelasnya.

Hari ini, Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam hari ini menetapkan 29 Ogos ini sebagai tarikh penghujahan bertulis, manakala 22 September depan untuk keputusan kes pengesahan lafaz cerai pasangan pempengaruh media sosial.

Sebelum ini, berlaku ketegangan antara Aiman dan Siti pada 15 Mei.

Tindakan Aiman melafazkan talak kepada Siti disaksikan lebih 25,000 penonton yang sedang menonton siaran langsung dalam media sosial Siti. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI