fbpx
Suspek diiringi Pegawai SPRM bagi mendapatkan permohonan reman di Mahkamah Ayer Keroh Melaka. - Foto oleh ARIF HAMIZAN MISKON / KOSMO!

Direman kerana lantik isteri beli insurans kebakaran syarikat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

MELAKA – Seorang bekas pengurus pentadbiran sebuah anak syarikat milik kerajaan negeri direman dua hari bermula hari ini bagi membantu siasatan selepas disyaki menyalahgunakan kuasa membabitkan pembelian insurans kebakaran, empat tahun lalu.

Perintah reman sehingga 8 Ogos ini dikeluarkan Majistret Mahkamah Melaka, Nur Afiqah Radhiah Zainurin terhadap suspek lelaki berusia 44 tahun itu.

Suspek yang memakai pakaian lokap berwarna jingga tiba di pekarangan mahkamah kira-kira pukul 9 pagi tadi dengan diiringi pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Terdahulu, suspek ditahan pada pukul 2.15 petang semalam ketika hadir bagi memberi keterangan di Pejabat SPRM Melaka.

Menurut sumber, suspek dipercayai telah mengesyorkan perlantikan isterinya bagi pembelian insurans kebakaran untuk anak syarikat tersebut.

Sementara itu, Pengarah SPRM Melaka, Adi Supian Shafie ketika dihubungi mengesahkan tangkapan tersebut dan kes disiasat di bawah Seksyen 23 Akta SPRM 2009. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI