fbpx
SON Heung-min (tengah) turut diraikan oleh pemain Newcastle United pada persahabatan yang berakhir 1-1 di Stadium Piala Dunia Seoul, sebentar tadi.

Air mata terakhir Heung-min

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

 

SEOUL – Kecederaan James Maddison membayangi penampilan terakhir Son Heung-min bersama Tottenham Hotspur pada aksi persahabatan menentang Newcastle United di Stadium Piala Dunia Seoul, sebentar tadi.

Selepas menghabiskan tempoh 10 tahun, bintang dari Korea Selatan itu dilihat menitiskan air mata sejurus dikeluarkan tetapi kecederaan Maddison menjadi tumpuan utama pada perlawanan itu yang berakhir 1-1.

The Magpies turun tanpa Alexander Isak ketika masa depan penyerang Sweden itu masih lagi kekal tanda tanya dan hangat dikaitkan berhijrah ke Liverpool.

Pengurus Spurs, Thomas Frank pastinya berharap Maddison tidak mengalami kecederan teruk memandangkan pemain itu baharu saja pulih daripada kecederaan ligamen lutut.

Terdahulu, Spurs memulakan perlawanan dengan agak positif apabila berjaya membuka jaringan seawal minit ke-4 menerusi Brennan Johnson.

Bagaimanapun, hajat Spurs menamatkan babak pertama dengan kelebihan satu gol tidak terlaksana apabila The Magpies meledak gol penyamaan menerusi Harvey Barnes pada minit ke-38.

Selepas bantu Spurs menjulang Liga Europa, ia menjadi perpisahan penuh emosi buat Heung-min memandangkan ia turut disaksikan oleh rakyat Korea Selatan.

Ketika ini, Heung-min dilaporkan bakal berhijrah ke Amerika Syarikat dengan menyertai Los Angeles FC. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI