fbpx
GAMBAR fail sebahagian penumpang di Lapangan Terbang Antarabangsa El Dorado di Bogota. - Foto AFP

Lelaki tampar peguam wanita, ‘rebut’ tempat duduk

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BOGOTA – Seorang ahli perniagaan ditahan kerana menampar seorang peguam wanita semasa mereka bertengkar mengenai tempat duduk di terminal sebuah lapangan terbang di Colombia, lapor portal berita MailOnline semalam.

Pergaduhan berlaku apabila penyerang, Hector Santacruz berjalan ke bangku di Pintu 9 di Lapangan Terbang Antarabangsa El Dorado, Bogota pada malam Ahad lalu.

Dia kemudian meminta wanita berkenaan, Claudia Segura bangun daripada tempat duduknya.

Pertengkaran hangat tercetus apabila Segura enggan berbuat demikian supaya Santacruz boleh duduk di sebelah isterinya, Karen de Santacruz.

Tiga penumpang lain termasuk seorang wanita campur tangan untuk mempertahankan Segura dan menolak lelaki itu ke belakang sebelum isterinya sendiri turut terlibat.

“Dia pukul tangan saya, jatuhkan telefon saya dan tampar muka serta kepala saya dengan kuat. Kesan tamparan itu membuat anting-anting saya tercabut,” kata Segura.

Segura berkata, polis membawanya ke pusat rawatan kecemasan di bandar Engativá untuk mendapatkan rawatan perubatan.

Katanya, dia terpaksa berkongsi kenderaan dengan penyerangnya yang ditahan pihak berkuasa. – AGENSI

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI