fbpx
Gambar hiasan

Cuaca panas: Bomba siap siaga kebakaran tanah gambut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

MARANG – Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) bersedia siaga menghadapi kemungkinan peningkatan kebakaran tanah gambut susulan cuaca panas berpanjangan tanpa hujan yang sedang melanda beberapa negeri pada masa ini.

Ketua Pengarah JBPM, Datuk Seri Nor Hisham Mohammad berkata, agensinya dalam keadaan berjaga-jaga sepenuhnya kini khususnya di kawasan berisiko tinggi seperti Telian, Mukah dan Permai Jaya, Miri, Sarawak.

“Kes di Telian, Mukah amat membimbangkan kerana kawasan itu resam gambut, jadi kebakaran cepat merebak ke dalam tanah. Kita telah arahkan jentera berat masuk untuk membuat pemotongan garisan api.

“Kalau panas berpanjangan, tanah gambut boleh susut dan menyebabkan api merebak jauh ke bawah tanah. Jika ia berlaku, satu-satunya pilihan ada ialah melaksanakan pembanjiran kawasan sepenuhnya,” katanya di Akademi Bomba dan Penyelamat Wilayah Timur, di sini hari ini.

Nor Hisham berkata, JBPM juga telah menggerakkan pasukan awal bersama Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar (NREB) Sarawak serta enam syarikat pemilik tanah bagi mengekang kebakaran di kawasan Permai Jaya tersebut daripada terus merebak. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI