fbpx
Jabatan Perikanan Negeri Melaka menegaskan pewartaan Taman Laut Negeri Melaka memberi pulangan jangka panjang kepada konservasi biodiversiti dan pembangunan ekonomi setempat melalui pelancongan lestari.- Foto oleh AMRAN ALI / KOSMO!

Pewartaan Taman Laut Melaka bukan sia-sia – Jabatan Perikanan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

MELAKA – Jabatan Perikanan Negeri Melaka menegaskan pewartaan Taman Laut Negeri Melaka bukanlah usaha yang merugikan, sebaliknya memberi pulangan jangka panjang kepada konservasi biodiversiti dan pembangunan ekonomi setempat melalui pelancongan lestari.

Pengarah Perikanan Negeri Melaka, Saufi Affandi Talib, berkata, Taman Laut yang meliputi kawasan Pulau Undan, Pulau Nangka dan Pulau Dodol kini menjadi lokasi strategik pemuliharaan dan pelancongan terkawal yang kian mendapat sambutan.

“Taman Laut Negeri Melaka bukan sahaja menyumbang kepada konservasi biodiversiti marin, tetapi juga memperkasa pembangunan ekonomi tempatan melalui pelancongan yang terkawal.

“Kita tidak nafikan ada suara-suara kurang faham, namun statistik dan data menunjukkan peningkatan ketara dari sudut kunjungan pelawat serta aktiviti eko-marin yang memberi manfaat secara langsung kepada komuniti,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengulas laporan Kosmo! semalam mengenai dakwaan pemandu bot pelancong mengenai Taman Laut Negara di Melaka yang dibuka sejak dua tahun lalu bukan sahaja menyulitkan nelayan mencari rezeki malah, ia langsung tidak membawa pulangan kepada rakyat.

Lokasi itu juga didakwa sepi kerana tidak berjaya meraih minat pelancong yang datang susulan kejernihan air Selat Melaka tidak setanding Taman Laut Terengganu, selain aktiviti snorkeling dan glamping tidak menyediakan kemudahan serta lokasi sesuai.

Tambah Saufi, jumlah pelawat ke Taman Laut Negari Melaka turut merekodkan peningkatkan hampir dua kali ganda dengan sejumlah 3,483 pengunjung pada 2024 berbanding 1,549 pada 2023.

Katanya lagi, sejak diwartakan sebagai Taman Laut Negara pada 4 April 2023, kawasan sejauh satu batu nautika dari tiga pulau terbabit dikenal pasti mempunyai lebih 260 spesies marin. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI