fbpx
LILIS SASLINDA (tengah) menunjukkan antara rampasan tong gas LPG pada sidang akhbar di sebuah gudang di Ulu Tiram, Johor Bahru hari ini.- Foto BAZLAN IBRAHIM

Gudang terbiar jadi markas operasi seleweng gas LPG

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JOHOR BAHRU – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Johor berjaya menumpaskan kegiatan sindiket penyelewengan gas petroleum cecair (LPG) selepas melakukan serbuan ke atas sebuah gudang terbiar di Ulu Tiram, di sini semalam.

Pengarahnya, Lilis Saslinda Pornomo berkata, serbuan yang dilakukan pada pukul 7 malam semalam itu dilakukan dengan kerjasama KPDN Putrajaya dan membabitkan rampasan bernilai RM280,000.

Menurut beliau, operasi tersebut turut menyaksikan lima pekerja warga asing yang berusia antara 30-an hingga 40-an ditahan.

“Menerusi serbuan ini, kita menemukan 1,357 unit tong gas LPG berisi dan kosong berkapasiti 14 kilogram yang mana gasnya akan dipindah ke dalam sebuah lori tanker menerusi aktiviti ‘decanting’.

“Sindiket kemudian dipercayai akan menjual gas berkenaan di pasaran gelap pada harga lebih mahal untuk mendapatkan keuntungan,” katanya dalam sidang akhbar yang diadakan di lokasi gudang, di sini hari ini.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN