fbpx
WAK DOYOK bertegas fesyen lelaki haruslah berciri lelaki atau jantan bukan disensasikan dengan gaya menyerlahkan kewanitaan.

Fesyen lelaki terlebih feminin, Wan Doyok yang ‘panas’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

FESYEN adalah sesuatu yang universal, namun andai keterlaluan sehingga melanggar normalisasi sesebuah komuniti boleh sahaja ditegur.

Tambahan pula apabila membabitkan nilai budaya masyarakat tempatan yang masih kekal dengan nilai kesopanan serta jati diri.

Isu berkenaan yang diluahkan personaliti fesyen dan usahawan terkenal, Wak Doyok menegur pereka trend fesyen lelaki masa kini yang dilihat semakin feminin.

Dipercayai, perkara tersebut susulan daripada hasil rekaan yang diperagakan beberapa pereka dalam sebuah acara besar, baru-baru ini.

Dalam sebuah video, Wak Doyok memang nampak tidak berkenan dengan gaya rekaan baju lelaki yang terlalu ke arah gaya wanita.

Katanya, pereka juga perlu ada tanggungjawab sosial terhadap masyarakat tempatan dengan tidak mengelirukan orang ramai.

Wak Doyok turut menekankan lelaki dianugerahkan tubuh yang cukup elok dan maskulin, jadi tidak perlu diubah untuk jadi feminim.

Diva setuju dengan Wak Doyok sebab ada fesyen lelaki yang makin mengarut, belum lagi tengok masa musim raya, baju Melayu pun diletak lace. Pening Pak Karim.

DIVA: Gempak betul persembahan kumpuan Sheila On 7 di Bukit Jalil, malam tadi. Lain kali tolong buat konsert betul-betul di Malaysia, tak nak campur-campur artis lain okey!

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI