fbpx
Antara yang hadir pada Himpunan Turun Anwar di Kuala Lumpur hari ini.

Himpunan Turun Anwar: Azmin dakwa semangat rakyat semakin luntur

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Setiausaha Agung Perikatan Nasional, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, ribuan rakyat menyertai Himpunan Turun Anwar yang berlangsung di Dataran Merdeka semalam sebagai tanda protes terhadap kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dikatakan tidak membuat perubahan sebaiknya.

Katanya, rakyat selama ini percaya kepada janji perubahan yang dilaungkan sebelum ini.

“Beliau (Anwar) menjanjikan akan membawa perubahan besar untuk rakyat. Beliau sendiri melaungkan reformasi, namun hari ini apa yang berlaku adalah sebaliknya.

“Semakin hari perpaduan dan semangat rakyat luntur,” katanya ketika berucap di hadapan ribuan peserta himpunan di Dataran Merdeka di sini semalam.

Sementara itu, Pengerusi Perikatan Nasional, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyampaikan ucapan dengan nada sedih dan dukacita dengan apa yang berlaku sekarang.

“Sudah lebih enam dekad kita merdeka, dan kini kita mahu melihat kemerdekaan negara membawa kebaikan sepatutnya.

“Dukacita saya melihat wajah rakyat yang semakin muram,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN