fbpx
Shahul Hameed.

Green Packet lantik Shahul Hameed terajui syarikat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Green Packet Berhad mengumumkan pelantikan Datuk Shahul Hameed Dawood sebagai Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan yang baharu, berkuat kuasa semalam.

Pelantikan tersebut menandakan satu langkah strategik dalam usaha syarikat memperkukuh kedudukan sebagai peneraju inovasi dan keterangkuman digital di rantau ini.

Shahul Hameed merupakan tokoh berpengalaman dengan lebih 30 tahun penglibatan dalam pelbagai sektor dan sebelum ini berkhidmat sebagai Ketua Pegawai Eksekutif di Human Resource Development Corporation (HRD Corp).

Di sana, beliau menerajui pelaksanaan agenda pembangunan bakat kebangsaan yang memberi impak kepada jutaan rakyat Malaysia.

Green Packet dalam kenyataan memaklumkan, dengan kepimpinan baharu itu diharap mampu menyatukan sinergi antara sektor awam dan swasta, selain memperluas jaringan kerjasama strategik di peringkat serantau dan antarabangsa.

“Peranan ini bukan sekadar memimpin sebuah syarikat, ia tentang menyelaraskan teknologi dengan kemajuan dunia sebenar,” katanya.

Menurut Shahul Hameed, Green Packet memiliki pasukan, platform dan semangat yang kuat untuk mencipta impak bukan sahaja di Malaysia tetapi juga di peringkat global.

“Saya menantikan peluang untuk bekerjasama dengan pasukan dan rakan kongsi kami dalam membentuk penyelesaian yang bermakna di peringkat tempatan dan global,” ujarnya.

Kenyataan turut memaklumkan, pelantikan itu dilihat sebagai sebahagian daripada penjenamaan semula korporat syarikat yang kini memberi fokus kepada pertumbuhan digital yang inklusif di seluruh ASEAN dan seterusnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI