fbpx
Paras air menyusut sejauh 139 meter dari tebing Bukit Merah Laketown Resort menyebabkan aktiviti rekreasi air terpaksa dihentikan sementara hingga air kembali pulih. - Foto oleh WAT KAMAL ABAS / KOSMO!

Paras air Tasik Bukit Merah kritikal, pesawah resah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BAGAN SERAI – Paras air di Tasik Bukit Merah di sini mencatatkan bacaan 6.19 meter iaitu menyusut ke tahap kritikal akibat fenomena cuaca panas yang melanda sejak sebulan lalu.

Fenomena itu sekali gus menimbulkan kebimbangan dalam kalangan pesawah padi di empat blok penanaman utama di kawasan terbabit iaitu Blok E, F, G dan H.

Timbalan Pengerusi Persaudaraan Pesawah Malaysia, Azhar Hashim berkata, penyusutan drastik yang berlaku sejak dua minggu lalu dikhuatiri akan menjejaskan bekalan air untuk tanaman padi terutamanya bagi pesawah di kawasan Alor Pongsu, Gunung Semanggol, Selinsing dan Bagan Serai.

Beliau berkata, kebanyakan petak sawah di Blok E kini sudah mula mengalami kekeringan serius.

“Antara kawasan yang terjejas ialah Parit Haji Ali Alor Pongsu, Parit Simpang Empat, Parit Air Itam 2 dan beberapa bahagian lain di Gunung Semanggol.

“Kami amat bimbang jika penyusutan ini berterusan tanpa sebarang penyelesaian jangka panjang,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Justeru, beliau berkata, mereka merayu agar kerajaan mempercepatkan pelaksanaan Projek Pemindahan Air dari Sungai Perak ke Tasik Bukit Merah sebagaimana yang telah dicadangkan sebelum ini dan diharap dapat dimasukkan dalam Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK-13).

Sementara itu, Pengurus Bukit Merah Laketown Resort (BMLR), M. Danesh berkata, penyusutan air tasik bukan perkara baharu dan pihaknya telah mengambil langkah sewajarnya bagi memastikan operasi resort tidak terjejas. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI