fbpx

Remaja terperdaya serah gambar bogel kepada individu menyamar doktor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR HIASAN

LUMUT – Polis sedang menyiasat dua laporan berhubung kes penipuan membabitkan remaja perempuan berusia 15 tahun yang menyerahkan beberapa keping gambar bogelnya kepada individu menyamar sebagai doktor.

Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Hasbullah Abd. Rahman berkata, remaja itu telah menyerahkan gambar bogelnya menerusi aplikasi Telegram kepada individu yang menyamar sebagai pegawai perubatan.

“Mangsa diminta untuk memberikan maklumat diri dan keluarga serta diminta untuk menghantar beberapa keping gambar tidak berpakaian lengkap kepada individu tersebut bagi tujuan pemeriksaan kanser serviks dan payudara.

“Mangsa menyedari telah ditipu terus membuat laporan polis kerana bimbang gambar-gambarnya tersebar. Kes disiasat di bawa Seksyen 15(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Sehubungan itu, Hasbullah berkata, orang awam yang mempunyai maklumat berkaitan kes itu boleh menyalurkannya kepada Pegawai Penyiasat Inspektor Nur Munawarah Ahmad di talian 011-1624.

Orang ramai juga boleh menghubungi Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Manjung di talian 05-6886222 atau Hotline WhatsApp 017-6828005 bagi membantu siasatan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI