BUKAN sahaja kacak dan berbakat, pelakon Hun Haqeem antara selebriti kesayangan yang disenangi ramai kerana mempunyai sikap baik dan tinggi budi pekerti.
Aktor berusia 27 tahun itu ibaratnya boleh jadi contoh kepada teman seperjuangan lain berikutan personaliti positifnya.
Diva tidaklah suka-suka memuji hanya semata-mata anak jati Sarawak itu jadi kegilaan ramai, tapi sebab ramai menyukainya dek karakter dimiliki, jadi Diva pun tumpang sekaki memuji.
Tengok perilakunya, Hun jenis tak pilih bulu. Semua peminat dia layan sama rata, bahkan ketika tengah sibuk pun Hun tetap sedia penuhi permintaan untuk bergambar.
Dalam kalangan media pun, bintang Soloz: Game of Life itu juga mudah bagi kerjasama. Tanyalah apa sahaja soalan, semua dijawab walaupun berkenaan peribadi.
Kalau di set penggambaran pula, kru serta rakan pelakon akui Hun sangat menjaga masa dan senang untuk bekerjasama.
Patutlah ramai sayang. Moga kekalkan prestasi serta adab yang manis ini selain jadi contoh kepada orang lain untuk sentiasa membumi walau nama jadi sebutan.
DIVA: Teringat muka mencuka seorang pelakon ditanya kisah cinta. Kat Hollywood pun soalan sama ditanya selain fasal kerjaya ye dik!