fbpx

Anwar solat Jumaat bersama lebih 500 jemaah di Presint 14, Putrajaya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar beramah mesra ketika hadir bagi menunaikan solat Jumaat di Surau Al-Istiqal, Presint 14, Putrajaya hari ini. - Foto oleh FAIZ ALIF ZUBIR / KOSMO!

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menunaikan solat Jumaat bersama lebih 500 jemaah di Surau Istiqlal, Presint 14, di sini tadi.

Beliau yang tiba kira-kira pukul 1.14 tengah hari disambut Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Islam), Datuk Dr. Mohd. Na’im Mokhtar dan Pengerusi Surau Al-Istiqlal, Mohammed Hisham Abdul Hadi

Anwar bersama jemaah kemudian turut mendengar khutbah Jumaat bertajuk Dunia: ‘Bayang Yang Penuh Dusta’ yang disampaikan Ustaz Zainuddin Abd. Rahman.

Solat Jumaat kemudian diimamkan oleh Ustaz Zainuddin yang disertai lebih 500 jemaah.

Isi khutbah antara lain mengingatkan jemaah supaya tingkatkan ilmu, jauhi maksiat kerana ilmu yang benar membimbing hati agar tidak tertipu dengan amalan sendiri.

Selain itu, khutbah juga menjelaskan agar Islam menuntut umatnya untuk mendampingi orang soleh dan persekitatan baik yang mengajak ke arah kebaikan, bukan merosakkan.

Selesai solat, Anwar turut meluangkan masa beramah mesra dan bergambar bersama jemaah yang hadir sebelum beredar meninggalkan masjid. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI