fbpx

‘Ludah ke luar tingkap, air liur kena orang’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Tindakan seorang pemandu e-hailing meludah keluar tingkap ketika memandu sehingga terkena tempat duduk penumpang mencetuskan rasa jijik dan kemarahan netizen.

Menerusi hantaran tular di Facebook, seorang wanita mendakwa pemandu itu batuk berterusan sejak dia menaiki kenderaan berkenaan sebelum beberapa kali meludah keluar tingkap.

“Baru seminit naik, dia dah mula buat macam tu (batuk). Ada yang terpercik kena aku. Sumpah rasa nak menangis. Mujur rumah dekat,” tulisnya.

Kejadian itu mendapat pelbagai reaksi dengan rata-rata netizen mengecam sikap pemandu terbabit yang disifatkan sebagai pengotor.

“Ini bukan saja pengotor tetapi juga tak berakhlak,” ujar Ahmad Sufardi.

“Gelilah ludah keluar tingkap, air liur sembur kena orang belakang,” kata Faiz.

“Aku bawa e-hailing nak bersin pun sanggup tahan. Penumpang keluar je terus bersin kuat-kuat, nak jaga keselesaan punya pasal,” kata Qhe Fafa. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI