fbpx

Nwaneri setuju kekal di Arsenal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NWANERI antara bintang muda menyinar buat Arsenal yang dilihat mempunyai masa depan cerah pada masa depan. - AFP

LONDON – Pengurus Arsenal, Mikel Arteta sedang merangka pelan alternatif sokongan untuk mengekalkan pemain versatil yang mampu beraksi di pelbagai posisi bagi mengelak kelab itu berada dalam masalah jika dipalit isu kecederaan seperti musim lalu.

Ketika ini, The Gunners dilaporkan sudah berjaya mendapat persetujuan dengan bintang muda berusia 18 tahun, Ethan Nwaneri menandatangani kontrak lanjutan terus kekal di Emirates untuk tempoh empat tahun lagi.

“Ethan boleh bermain di bahagian kanan dan kiri. Saya juga fikir, jika dia berada di posisi lain, dia mampu berkembang sebagai pemain nombor sembilan.

“Berdasarkan pandangan saya, dia mempunyai kemampuan luar biasa untuk meletakkan bola ke dalam gawang pasukan lawan,” kata Arteta.

Musim lalu, Nwaneri bermain di posisi nombor lapan di bahagian tengah sekali gus mampu mewujudkan persaingan dengan Martin Odegaard, malah pernah berperanan sebagai calon pengganti kepada Bukayo Saka.

Rentetan itu, lanjutan kontrak Nwaneri turut menjadi keutamaan buat pasukan, seiring dengan kemahuan Arsenal untuk mengekalkan Saka, Gabriel, Myles Lewis-Skelly dan William Saliba.

Menariknya, Nwaneri muncul penjaring kelima terbanyak Arsenal dan pemain remaja keempat di dunia yang memiliki jaringan terbanyak di lima liga utama Eropah pada musim lalu.

Kecemerlangannya turut membuatkan Chelsea berminat untuk menyambar khidmat Nwaneri yang berjaya membantu skuad bawah 21 tahun England menjuarai Kejohanan Euro 2025 menewaskan Jerman di final hujung bulan lalu. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI