fbpx

Ranking Harimau Malaya boleh terjejas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HOLGADO (dua dari kanan) antara pemain yang dilaporkan terpaksa menempuh perjalanan selama 30 jam untuk tiba di Malaysia.

IMPAK negatif mampu dikurangkan jika keputusan menarik diri daripada Piala Negara-Negara Persatuan Bola Sepak Asia Tengah (CAFA) 2025 dibuat lebih awal.

Penganalisis bola sepak tempatan, Datuk Dr. Pekan Ramli percaya pengurusan pasukan kebangsaan sudah jelas mengenai tarikh-tarikh penting kejohanan termasuk membabitkan hari perlawanan yang berlangsung di luar kalendar Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA).

“Sepatutnya dari awal pengurusan pasukan kebangsaan menarik diri sebab mereka sudah tahu atau lebih arif mengenai perancangan pasukan. Mereka pasti sudah semak kejohanan di luar kalendar FIFA atau sebagainya.

“Mungkin mereka silap membuat percaturan kerana kejohanan itu memang kita sudah tahu termasuk tarikh tidak pernah berubah dan bila kalendar rasmi FIFA. Pemain warisan beraksi jauh di Argentina, Sepanyol dan Colombia, jadi mereka perlukan masa untuk sertai pasukan.

“Ada juga yang berpandangan kenapa tidak hantar saja skuad yang ada? Mungkin pengurusan tidak berani memperjudikan skuad (tidak lengkap) kerana bimbang gagal raih keputusan terbaik dan beri impak kepada ranking Harimau Malaya,” katanya.

Sebelum ini, penyerang warisan negara, Rodrigo Holgado dilaporkan terpaksa mengharungi perjalanan lebih 30 jam untuk tiba di Malaysia bagi menghadapi Vietnam pada aksi kelayakan Piala Asia 2027.

Kelmarin, Kosmo! melaporkan Harimau Malaya menarik diri daripada CAFA 2025 selepas mengambil kira hal logistik dan tarikh perlawanan di luar kalendar FIFA.

CAFA dalam kenyataannya meluahkan kekesalan terhadap penarikan diri Malaysia yang dianggap boleh menjejaskan perancangan penganjuran.

Berdasarkan undian sebelum ini, Harimau Malaya akan berdepan Tajikistan pada 29 Ogos, diikuti Iran (1 September) dan Afghanistan (4 September) bagi aksi Kumpulan B, sedangkan kalendar FIFA hanya dibuka pada 1 hingga 9 September.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI