fbpx

500 tan makanan untuk penduduk miskin dunia dilupus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR fail menunjukkan guni bijirin sumbangan USAID di Pelabuhan Sudan pada 5 Jun 2018. - AFP

WASHINGTON – Amerika Syarikat (AS) akan melupuskan hampir 500 tan metrik makanan bantuan yang sepatutnya dihantar kepada penduduk kelaparan di seluruh dunia, lapor saluran berita CNN kelmarin.

Menurut seorang bekas pegawai Agensi Pembangunan Antarabangsa (USAID), biskut-biskut berkhasiat tinggi dan padat nutrien telah disimpan selama berbulan-bulan di sebuah gudang di Dubai, Emiriyah Arab Bersatu (UAE).

Tarikh luput stok itu adalah dalam bulan ini, menyebabkan ia perlu dilupuskan dengan kos tambahan sebanyak AS$100,000 (RM423,000).

Bekas pegawai tersebut yang bercakap dengan namanya enggan didedahkan berkata, perkara itu tidak akan berlaku sekiranya Presiden Donald Trump tidak membubarkan USAID dengan alasan pembaziran dan penipuan.

“Ini adalah definisi pembaziran,” katanya.

Portal berita The Atlantic pertama kali melaporkan mengenai pelupusan makanan bantuan yang akan berlaku itu.

Menurut laporan tersebut, 500 tan metrik makanan kecemasan cukup untuk memberi makan kepada kira-kira 1.5 juta kanak-kanak selama seminggu.

“Dalam beberapa minggu, makanan yang boleh dihantar kepada kanak-kanak di Afghanistan dan Pakistan akan menjadi abu,” kata laporan itu.

Sebelum pentadbiran Trump menutup USAID, pekerja-pekerja agensi tersebut mengawasi tarikh luput makanan bantuan. 

Menurut bekas pegawai tersebut, apabila tarikh luput semakin hampir, mereka akan menghubungi rakan sekerja untuk melihat siapa yang memerlukannya atau di mana ia boleh disumbangkan.

Makanan itu boleh dihantar ke tempat yang sangat memerlukan seperti Gaza, Palestin, namun  beliau menegaskan bahawa ia tidak mampu menggantikan makanan berkhasiat yang lain. – AGENSI 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI