SEREMBAN – Kelab Media Negeri Sembilan (Manis) menyambut baik cadangan supaya petugas media merupakan golongan terawal menerima vaksin Covid-19.
Menurut Pengerusinya, Arfi Ahmad, petugas media terdedah dengan risiko dijangkiti Covid-19 kerana keperluan bekerja di lapangan.
Katanya, tugasan di lapangan memberikan risiko petugas media seperti wartawan, jurugambar dan juruvideo risiko ketika bertugas.
“Petuga media turun dilapangan bagi membuat liputan petugas barisan hadapan yang lain ketika mereka melakukan tugasan seperti di hospital dan sekatan jalan raya.
” Selain itu petugas media juga turut membuat liputan melakukan kerja-kerja sanitasi serta kawasan-kawasan berisiko tinggi khususnya kawasan-kawasan Zon Merah dan lokasi-lokasi perindustrian yang ditutup akibat Covid 19,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Tambahnya, setelah setahun pandemik ini melanda negara pelbagai ulasan serta liputan media dilakukan khususnya di Negeri Sembilan mengenai Covid 19.
“Sebagai contoh pada Oktober tahun lalu seramai 11 orang pengamal media dinegeri ini melakukan ujian ujian saringan ekoran menjadi konteks rapat kepada salah seorang meter,” tambahnya.
Sebelum ini, ujarnya, Tokoh Wartawan Negara, Tan Sri Johan Jaaffar dan Ketua Pegawai Eksekutif Malaysian Press Institute (MPI), Datuk Chamil Wariya meminta pihak berkuasa dan kerajaan mengiktiraf petugas media cetak, media elektronik dan jurufoto sebagai barisan hadapan ketika pandemik yang melanda negara sejak setahun yang lalu. -K! ONLINE














