fbpx

‘Minuman Piya hanya campuran koko asli, madu dan rempah’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Poster program eHati.

PETALING JAYA – Pengasas program eHati menjelaskan minuman Piya, yang sebelum ini tular kerana didakwa mampu mengubah emosi peserta hanyalah air campuran koko asli, madu dan rempah semulajadi yang yang dirumus untuk membantu menenangkan fikiran dan tubuh badan.

Pengasasnya, Diyana Tahir berkata, dakwaan mengenai air piya yang mengandungi bahan psikoaktif seperti ‘magic mushroom’ (kulat Psilocybin), iaitu sejenis kulat halusinogen yang sering ditemui di destinasi pelancongan seperti Bali adalah tidak benar.

“Tentang minuman Piya, kami ingin jelaskan bahawa ia hanyalah campuran koko asli (raw cocoa), madu dan rempah semula jadi yang dirumus untuk membantu menenangkan fikiran dan tubuh badan.

“Minuman ini langsung tidak mengandungi bahan terlarang atau ‘cendawan ajaib’ seperti yang didakwa,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

Tambah Diyana, pihaknya merupakan pengamal bertauliah dalam bidang hipnoterapi dan setiap program eHATI dibangunkan secara teliti bagi mematuhi piawaian etika profesional serta selari dengan nilai budaya dan agama masyarakat.

Sebelum ini, tular di media sosial mengenai pendedahan seorang bekas peserta berhubung program tersebut yang didakwa songsang apabila diselitkan de­ngan acara yang mencolok mata di sebuah pusat konvensyen di sini pada September tahun lalu.

Wanita itu mendakwa eHATI berselindung di sebalik program keluarga bahagia, seni cinta suami isteri dan motivasi kepada wanita terutama mereka yang mempunyai masalah dalam rumah tangga.

Program itu diadakan secara tertutup hanya untuk peserta. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI