fbpx

Agong sudah perkenan Akta Perkhidmatan Parlimen 2025

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Johari berucap pada peserta Program Bengkel Panduan Parlimen Belia Malaysia (PBMY) 2025 di Seremban, hari ini. Foto MOHD SHAHJEHAN MAAMIN/ KOSMO!

SEREMBAN – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim telah memperkenankan Akta Perkhidmatan Parlimen 2025 (PSA), sekali gus menyaksikan Parlimen bakal mempunyai kuasa autonomi untuk menentukan dasar dan tadbir urus selepas 33 tahun.

Perkara itu disahkan oleh Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul, yang menerima maklumat rasmi hari ini ketika berucap pada Program Bengkel Buku Panduan Parlimen Belia Malaysia (PBMY) di Seremban di sini.

Menurut Johari, beliau mendapat teks daripada Setiausaha Dewan Rakyat pagi ini bahawa Agong telah tandatangan PSA.

“Ini bermakna kita mempunyai entiti sendiri. Parlimen akan terpisah daripada Eksekutif seperti terpisahnya Kehakiman daripada Eksekutif, maksudnya kita boleh merancang seperti yang termaktub dalam perlembagaan kita apa yang dikehendaki dalam perlembagaan, kita bebas dalam melaksanakan tugas tersebut dan tidak terikat arahan daripada Eksekutif, ” katanya.

Sementara itu, dalam sidang media, Johari berkata, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said, akan membuat pengumuman rasmi berkenaan penguatkuasaan akta itu dalam masa terdekat.

Beliau turut memaklumkan bahawa Parlimen akan bersidang semula pada 21 Julai, dan beliau akan berbincang dengan Azalina untuk menetapkan tarikh rasmi penguatkuasaan PSA. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI