fbpx

Lyles balas dendam kalahkan juara Olimpik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LYLES (kiri) berjaya menewaskan Tebogo (kanan) dalam perlumbaan 100m Liga Berlian Monaco awal pagi tadi. - AFP

MONACO – Bintang pecut Amerika Syarikat (AS), Noah Lyles membuktikan keunggulannya apabila menewaskan juara Sukan Olimpik Paris 2024, Letsile Tebogo dalam perlumbaan penuh dramatik acara 200 meter (m) saingan Liga Berlian Monaco 2025 awal pagi tadi. 

Lyles, 27, muncul juara dengan catatan 19.88 saat (s) untuk mengekalkan rekod tanpa kalah dalam siri Liga Berlian sejak 2019 dan meraih kemenangan pertama musim ini.

Kejayaan itu bukan sahaja menebus kekalahannya kepada Tebogo di Olimpik Paris, malah menyuntik keyakinan buat Lyles menjelang Kejohanan Balapan dan Padang Amerika Syarikat 2025.

“Bila dapat berlumba dengan pelari terpantas dan menang, saya anggap itu sebagai satu kerja yang dilakukan dengan baik. Setiap kali anda berada di luar sana dan membuat persembahan, bagi saya, itulah perkara yang paling penting,” kata Lyle.

Walaupun kedua-dua pelari pecut elit dunia itu bersaing sengit dari blok permulaan tetapi Lyles yang meraih pingat emas 100m Olimpik Paris, menunjukkan kepantasan dan pecutan luar biasa di selekoh terakhir untuk memintas Tebogo.

Tebogo dari Botswana yang menewaskan Lyles di final 200m Olimpik Paris sebelum ini, hanya berpuas hati di tempat kedua dengan masa 19.97 saat (s), manakala bintang muda Zimbabwe, Makankaishe Charamba melengkapkan podium di tempat ketiga (19.99s).

“Sudah lama dinantikan dan orang ramai memang mahu melihatnya. Kami juga teruja untuk melihat bagaimana hasilnya. 

“Saya benar-benar gembira dengan cara dia (Lyles) membuat kemunculan semula. Saya mengharapkan yang terbaik dan lebih banyak perlumbaan bersama,” kata Tebogo mengenai pertembungan antara dirinya dan Lyles.

Aksi di Stade Louis II itu menjadi pemanas badan terbaik menjelang Kejohanan Olahraga Dunia di Tokyo, Jepun dari 13 hingga 21 September dengan sekali gus menyaksikan persaingan Lyles dan Tebogo kembali menjadi tumpuan dunia olahraga. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI