fbpx

Jaga kualiti, durian Malaysia terus menjadi rebutan dunia – Mohamad

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohamad semasa hadir merasmikan Festival dan Anugerah Durian Bangi Golf Resort 2025 serta World Durian Championship 2025 – World Edition di Bangi Golf Resort semalam.

PETALING JAYA – Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan mengingatkan pengusaha kebun supaya menjaga kualiti dan gred supaya durian Malaysia terus jadi rebutan dunia.

Ini kerana kata Datuk Seri Mohamad Sabu, durian Malaysia seperti Musang King, Black Thorn, dan D24 bukan saja popular di tanah air tetapi digilai peminat durian dari seluruh pelosok dunia.

“Kalau kita nak durian Malaysia terus jadi rebutan dunia, sistem kita pun kena mantap. Sebab itu Bang Mat tekankan, sistem penggredan dan piawaian kualiti durian tempatan mesti diperkukuh.

“Petani durian perlukan sokongan dari segi ilmu, teknologi, dan bimbingan agensi. Kita kena jaga pokok dengan baik, tuai buah pada waktu tepat, dan pastikan hanya durian terbaik sampai ke tangan pembeli,”katanya di laman Facebook.

Pada hantaran sama, Mohamad mahu pekebun menjaga kualiti durian yang dihasilkan supaya sentiasa konsisten.

“Bila orang beli durian dari Malaysia, mereka mesti tahu inilah standard emas dunia.

“Mari kita pastikan durian kita bukan sekadar buah, tapi simbol kehebatan sektor agromakanan Malaysia yang boleh dibanggakan di pentas antarabangsa,”katanya.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI