fbpx

Durian premium Johor dieksport ke Singapura, China dan Hong Kong

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ZAHARI (dua dari kiri) menunjukkan durian ketika ditemui pada Sesi Santai Makan Durian dan Buah-buahan Tempatan bersama Media di Pejabat FAMA Negeri Johor, Johor Bahru ssmalam. Foto RAJA JAAFAR ALI/KOSMO!

JOHOR BAHRU – Singapura menjadi destinasi utama eksport durian dari Johor dengan rekod sebanyak 7.2 juta kilogram (kg) dieksport ke Republik itu pada tahun lalu.

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Kemajuan Luar Bandar negeri, Datuk Zahari Sarip berkata, selain Singapura, Johor turut mengeksport sebanyak 4.4 juta kg ke China dan lebih satu juta kg ke Hong Kong.

Beliau berkata, antara varieti durian yang popular di Johor adalah Musang King, D13 atau durian kunyit, IOI, Tekka, Black Thorn, Kim Hong, durian kampung dan beberapa lagi jenis baharu.

“Berdasarkan rekod tahun lalu, keluaran durian bagi negeri ini adalah sebanyak 189,787 metrik tan membabitkan 19,179 hektar dengan 34,000 pengusaha durian besar dan kecil.

“Daripada jumlah itu, sebanyak 13 juta kilogram durian dieksport ke luar negara dengan Singapura menjadi destinasi utama diikuti China dan Hong Kong, ini tiga negara terbesar yang kita eksport durian,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas Sesi Santai Makan Durian dan Buah-buahan Tempatan bersama Media di Pejabat Lembaga Permasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Negeri Johor, di sini, petang semalam.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI