fbpx

Presiden Trump datang ke Malaysia?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Trump

KUALA LUMPUR – Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump dijangka menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 yang akan berlangsung pada Oktober ini.

Perkara berkenaan disahkan oleh Setiausaha Negara AS, Marco Rubio ketika ditanya berhubung kehadiran Trump pada sidang kemuncak tersebut.

“Ya, itu berkemungkinan,” katanya kepada media selepas Mesyuarat Tiga Hala antara AS, Jepun dan Filipina di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, hari ini.

Rubio berkata, pentadbiran AS juga sedang berbincang bagi penetapan tarikh rasmi Sidang Kemuncak ASEAN-AS berikutan cadangan dikemukakan oleh Malaysia selaku Pengerusi ASEAN tahun ini.

Sebelum ini, Perdana Menteri, Anwar Ibrahim dilaporkan berkata, beberapa ketua kerajaan dari luar ASEAN telah mengesahkan kehadiran mereka ke sidang berkenaan yang dijadual berlangsung dari 26 hingga 28 Oktober nanti.

Antara pemimpin yang telah mengesahkan kehadiran termasuk Perdana Menteri Itali, Giorgia Meloni yang ditemui Anwar di Rom pada 3 Julai dan Presiden Brazil, Luiz Inácio Lula da Silva. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI