fbpx

Peniaga terjerat tambah duit sampingan rugi RM66,825

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

TANGKAK – Seorang wanita warga tempatan kerugian RM66,825 apabila terpedaya dengan tawaran pekerjaan sambilan aplikasi ‘shopee’ yang tidak wujud di daerah ini baru-baru ini.

Menurut Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintendan Roslan Mohd Talib, mangsa wanita berusia 36 tahun yang menjalankan perniagaan sendiri itu dijanjikan akan dibayar komisyen setelah melaksanakan tugasan yang diberikan.

“Mangsa telah terpedaya sejak 30 Jun apabila diberi tawaran untuk melakukan pekerjaan melalui aplikasi ‘shopee’ dalam talian dan diarahkan untuk melakukan beberapa tugasan.

“Mangsa telah melakukan transaksi sejak hari pertama sehingga 4 Julai. Setelah mangsa melaksanakan arahan yang diberikan oleh suspek, mangsa tidak memperolehi sebarang komisyen seperti yang dijanjikan.

“Sebanyak 12 transaksi telah dilakukan mangsa ke dalam lapan akaun berbeza yang melibatkan kerugian sejumlah RM66,825,”katanya ketika dihubungi hari ini.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI