PETALING JAYA – “Salahkah saya mencintai suami orang?,” itu keluhan seorang wanita yang mendakwa sudah terjerat dalam hubungan cinta terlarang dengan lelaki berstatus suami orang.
Perkongsian wanita itu di Facebook hari ini mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan netizen, terutama apabila dia mendedahkan bahawa hubungan mereka ‘bermula tanpa sengaja’ sebelum semakin serius.
“Saya tidak pernah berniat nak rampas suami orang. Tapi bila hati dah suka, saya sendiri terperangkap dalam perasaan itu.
“Dia pun cakap rumah tangga dia bermasalah. Salahkah saya mencintai suami orang? Bukan niat untuk merampas cuma ingin menumpang kasih,” katanya.
Kenyataan itu mengundang kecaman netizen yang menyifatkan wanita tersebut tidak sensitif terhadap perasaan isteri lelaki berkenaan, selain dianggap membuka ruang kepada keruntuhan institusi keluarga.
“Kalau betul suami orang itu ada masalah rumah tangga, kenapa tidak selesaikan dulu sebelum mencari cinta baru? Jangan gunakan alasan ‘tidak sengaja’ untuk halalkan hubungan terlarang,” tegur RiskyyNow.
“Memang salah! Kau penyondol! Baik kau pergi dari lelaki itu. Berjuta lagi lelaki bujang, pergi cari sana,” marah Shahirah.
“Dua-dua salah, nk menumpang kasih pergi rumah tumpangan. Sana banyak pilihan, pilih la yang berkenan,” perli Hani. – KOSMO! ONLINE