fbpx

Tengku Permaisuri Norashikin lancar LCS Raja Muda Nala

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sultan Sharafuddin Idris Shah (tengah) dan Tengku Permaisuri Norashikin (lapan dari kanan) berkenan bergambar selepas menyempurnakan Upacara Penamaan dan Pelancaran LCS 2 di Limbungan Lumut Naval Shipyard (LUNAS) di Lumut hari ini.- Foto oleh MUHAMAD NAZREEN SYAH MUSTHAFA / KOSMO!

LUMUT – Kapal Tempur Pesisir (LCS) 2 milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dilancarkan hari ini dan diberi nama Raja Muda Nala.

Upacara penamaan dan pelancaran kapal itu disempurnakan oleh Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin sambil disaksikan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Pada majlis itu, baginda berdua menyaksikan simbolik pelancaran LCS 2 di mana sebuah kendi berisi air yang dibaca surah Yasin dari sembilan buah masjid dari sembilan daerah di Selangor dilepaskan ke dinding haluan kapal.

Majlis berlangsung di Limbungan Lumut Naval Shipyard Sdn. Bhd. (LUNAS) di Pangkalan TLDM Lumut, di sini.

Yang turut hadir, Timbalan Menteri Pertahanan, Adly Zahari; Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan dan Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Jeneral Tan Sri Mohd. Nizam Jaffar.

Sementara itu, Adly ketika membacakan teks ucapan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, LCS 2 adalah simbol kebanggaan negara kerana merupakan kapal kelas frigat pertama yang dibina sepenuhnya oleh syarikat tempatan, LUNAS.

Katanya, proses pembinaan kapal itu bermula dengan majlis perletakan lunas atau ‘keel laying’ pada 28 Februari 2017.

“Dalam landskap keselamatan serantau dan global yang semakin kompleks, peranan TLDM kini semakin mencabar.

“Justeru, perolehan ini merupakan sebahagian daripada perancangan strategik TLDM dalam memperkukuh kesiapsiagaan armada menerusi pemilikan aset berteknologi tinggi, berkemampuan tempur dan berkeupayaan melaksanakan pelbagai operasi maritim demi mempertahankan kedaulatan perairan negara,” katanya.

Dalam pada itu beliau berkata, nama Raja Muda Nala dipilih sempena nama anakanda Sultan Selangor pertama, Raja Muda Nala Shah Sultan Salehuddin Shah. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI