LONDON – Seorang lelaki di Britain menyerang pengguna jalan raya dalam keadaan tanpa seurat benang, lapor akhbar The Sun UK.
Kejadian berlaku di Middleton dekat Greater Manchester pada Ahad lalu.
Rakaman video dimuat naik di platform Instagram menunjukkan lelaki terbabit menghampiri sebuah kereta yang berhenti di bulatan sebelum menyerang pemandunya.
Selain ditendang, pemandu itu juga ditumbuk berulang kali.
Penyerang kemudian membuka pintu kereta lalu masuk ke tempat duduk pemandu.
Orang ramai segera berlari dan menahan lelaki tersebut sebelum melaporkan kejadian itu kepada polis.
Polis Greater Manchester berkata: “Kami telah menahan seorang lelaki di pusat bandar Middleton kerana didakwa melakukan serangan dan kerosakan jenayah.
“Suspek masih dalam tahanan polis,” tambah polis.- AGENSI