fbpx

Petani mengaku tidak bersalah buat komen jelik di Facebook

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang petani mengaku tidak bersalah atas pertuduhan membuat komen jelik di laman sosial Februari lalu.

SEPANG – Seorang petani mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan membuat hantaran komen jelik menerusi Facebook.

Tertuduh, Mohammad Faisal Mohd. Yusof, 37, membuat pengakuan itu di hadapan Hakim Ahmad Fuad Othman.

Berdasarkan kertas pertuduhan, tertuduh secara sedar membuat dan memulakan hantaran komen yang jelik sifatnya dengan niat menyakitkan hati orang lain menggunakan akaun Facebook ‘Mohd Faisal Yusop’ pada pukul 12.40 pagi, 9 Februari lalu.

Ahmad Fuad kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM7,000 dan menetapkan 8 Ogos ini untuk sebutan semula kes, Tertuduh gagal menjelaskan wang jaminan itu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI