fbpx

Pemandu selamat, kenderaan kena hempap pokok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota bomba membantu mengalihkan dahan pokok yang tumbang dan menghempap kenderaan di Butterworth, pagi tadi.

GEORGE TOWN – Dua individu terselamat selepas kenderaan yang mereka naiki dihempap sebatang pokok tumbang dalam satu kejadian berhampiran Jalan Pipato, Butterworth dekat sini, pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 8.45 pagi itu, sebatang pokok besar tumbang dan menghempap sebuah lori treler jenis Volvo serta sebuah kereta Toyota Vios yang berada di lokasi kejadian.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang, John Sagun Francis berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 8.45 pagi dan operasi menyelamat melibatkan keanggotaan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Butterworth.

“Pemandu lori merupakan seorang lelaki tempatan manakala pemandu Toyota Vios ialah seorang wanita. Mereka tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Menurutnya lagi, pasukan bomba bertindak menjalankan kerja-kerja pemotongan dan pembersihan pokok menggunakan peralatan khas seperti gergaji rantai, turut dibantu Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) serta Polis Diraja Malaysia (PDRM). – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI