JAKARTA – Seorang wanita menerima kecaman orang ramai apabila dirakam mencuri kek lapis di sebuah bakeri di Indonesia, lapor portal berita Tribunnews semalam.
Kejadian berlaku Holland Bakery Citra Garden di Jakarta Barat pada 27 Jun lalu.
Rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) yang dimuat naik di platform TikTok memaparkan wanita terbabit mengambil dua kotak berisi kek lapis sebelum menyembunyikannya di dalam beg.
Dia juga berpura-pura melihat roti sebelum beredar.
Pemilik bakeri dikenali sebagai Reka, 23, berkata, kecurian itu terjadi ketika kakitangan sedang sibuk melayani pelanggan lain di kaunter pembayaran.
“Kek lapis yang dicuri berharga 236,000 (RM62) setiap satu.
“Wanita itu datang ke kedai dengan memandu sebuah kereta,” kata Reka.
Meskipun tidak membuat laporan polis, Reka memuat naik rakaman CCTV di media sosial agar pelaku berasa malu. – AGENSI