KUANTAN – Bekas Mufti Pahang, Datuk Seri Abdul Rahman Osman dianugerahkan sebagai Tokoh Maal Hijrah sempena sambutan Maal Hijrah Peringkat Negeri Pahang di Dewan Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah, di sini, hari ini.
Anugerah berkenaan disampaikan Tengku Arif Bendahara Tengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin Shah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Dewan Jubli Perak Sultan Ahmad Shah di sini, hari ini.
Turut menerima anugerah, Pengarah Pembangunan negeri, Datuk Hamdan Hussin yang menerima Anjugerah Inovasi Jabatan, Mudir Madrasah Tahfiz Darul Uloom Al-Islamiah, Maulana Juhari Muhammad Ali (Anugerah Pengkhidmat Agama) manakala Pengetua Pusat Pengajian Tahfiz Ribat Al-Mustafa, Muhammad Awis Qarni Abdul Wahab (Anugerah Sukarelawan Ummah).
Menurut Abdul Rahman, semasa menjadi mufti Pahang pihaknya menerima kerjasama yang baik daripada kerajaan negeri khususnya Menteri Besar. – KOSMO! ONLINE