fbpx

‘Memang dia rugi sebab trading, bukan saya puncanya’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SAIDAH pernah dinasihatkan agar tidak menjalinkan hubungan dengan Muntazar.

PETALING JAYA – Dituduh sebagai kaki kikis, pelakon Saidah Kamarudin menafikan dakwaan tersebut selain memaklumkan sering mengeluarkan duit belanja sendiri dan tidak mengambil kesempatan ke atas bekas tunangnya, Muntazar Ghufran ketika mereka masih menjalin hubungan.

Malah, Saidah atau nama lengkapnya Nur Saidah Syahirah Kamarudin, 29, menegaskan bahawa bekas tunangnya itu mengalami kerugian disebabkan kegiatan trading.

“Saya banyak mengeluarkan duit belanja dan tidak pernah mengambil kesempatan terhadap Muntazar.

“Saya juga ada bukti saya bayar sendiri, dia (Muntazar) yang sukarela mahu teman dan tidak dipaksa.

“Dia (Muntazar) sendiri sudah mengaku bahawa duitnya habis disebabkan kerugian dalam trading dan bukan berpunca daripada saya,” katanya.

Dalam pada itu, Saidah turut menjawab isu yang mendakwa dirinya terlalu ‘demand’ apabila dikatakan meminta cincin tunang berjenama mewah.

Bukannya saya minta Tiffany & co (jenama cincin), tidak faham orang yang percaya artikel palsu yang tulis saya dapat RM23,000 untuk satu bulan, tapi yang diungkit hanyalah makanan Mcdonalds dan air kelapa,” ujarnya.

Selain itu, Saidah juga mendedahkan dia pernah dinasihatkan agar tidak menjalinkan hubungan cinta dengan Muntazar.

“Ramai sudah beri amaran dari dulu, tapi saya tidak percaya, akhir sekali terkena batang hidung sendiri.

Mungkin ada hikmah di sebalik semua ini, saya tutup fasa ini dan teruskan hidup baru,” ujarnya lagi.

Terdahulu, Saidah memaklumkan impian perkahwinan dengan Muntazar terpaksa dibatalkan kerana pelakon itu hanya mempunyai simpanan sebanyak RM500 sahaja.

Muntazar kemudian mencuri perhatian apabila mengakui dirinya berdepan dengan masalah kewangan ketika dalam fasa bertunang dengan Saidah sebelum ini.

Kedua-duanya mengikat tali pertunangan pada Mei tahun lalu, namun cinta mereka terkandas di tengah jalan pada Mac lalu. –  KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI