fbpx
Membawa anak-anak ke masjid dapat melatih jiwa mereka untuk mencintai rumah Allah. - GAMBAR HIASAN

Anak sukar dikawal, jangan bawa ke masjid

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

Membawa anak kecil ke masjid sudah menjadi kelaziman sejak zaman berzaman, malah di zaman Rasulullah SAW pun kanak-kanak didedahkan dengan persekitaran masjid untuk melatih jiwa mereka tenang dan mencintai rumah Allah.

Persoalan yang sering bermain di minda adalah peringkat usia berapa tahun kita perlu membawa anak ke masjid, adakah empat tahun ke atas atau melarang kanak-kanak berusia di bawah tiga tahun datang ke masjid.

Kita semua maklum dunia anak-anak adalah bermain dan sebahagian daripada mereka sukar dikawal dan dikhuatiri mengganggu jemaaah yang sedang bersolat.

Seorang rakan penulis bercerita, dia terganggu dengan suara menangis agak nyaring seorang anak kecil yang dibawa bapanya dari mula solat fardu Jumaat hingga selesai di sebuah masjid di Selangor.

Selesai solat baru dia tahu anak kecil itu berusia dalam lingkungan dua hingga tiga tahun yang masih takut ditinggalkan tanpa perhatian orang dewasa dan baginya anak-anak sebegini tidak harus dibawa ke masjid kerana mengganggu jemaah lain.

Mungkin niat si bapa membawa anaknya itu murni bagi mendekatkan hati dengan persekitaran masjid yang tenang, namun masanya belum sesuai memandangkan anaknya tidak dapat membezakan mana yang betul, mana yang tidak boleh dilakukan.

Setiap orang mungkin berbeza pendapat dalam hal ini kerana bagi mereka kekhusyukan dalam solat boleh disebabkan pelbagai faktor lain dan bukannya suara tangisan keras anak kecil.

Percayalah, mana mungkin kita boleh khusyuk jika anak kecil yang merengek dengan suara kuat berada di sebelah.

Penulis sendiri ada pengalaman seorang bapa membawa anaknya berusia setahun untuk solat Jumaat beberapa tahun lalu dan diletakkan di sebelahnya. Pada mulanya anak itu dalam keadaan baik-baik sahaja, tetapi selepas bapanya memulakan solat, dia mula tidak selesa dan menangis sehingga solat selesai.

Ini belum lagi kes viral di media sosial baru-baru ini di mana kanak-kanak mengganggu solat yang sedang dilakukan jemaah di dalam masjid seperti menarik kerusi jemaah sehingga terjatuh dan ada juga jemaah wanita yang kena pukul dengan kanak-kanak ketika sedang solat.

Perbuatan tersebut pantas mendapat perhatian netizen sehingga ada yang berpandangan kanak-kanak sepatutnya tidak dibawa ke masjid, bahkan ada mengharamkan mereka daripada rumah Allah.

Bagi penulis mudah, hanya kita mengetahui keadaan anak sendiri. Jika tahu sukar dikawal dan akan melakukan perkara yang tidak sepatutnya dengan mengganggu ibadah orang lain, usah dibawa ke masjid sehingga dia tahu mengetahui adab-adab ketika berada di masjid.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN