fbpx

[VIDEO] Bergegar sampai ke Doha, sekolah semua tutup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar kejadiaan serangan Iran ke atas Doha menyebabkan penerbangan tergendala dan dibatalkan

PETALING JAYA – Serangan mengejut yang dilancarkan Iran ke atas pangkalan tentera Amerika Syarikat di Qatar malam tadi mencetuskan kekecohan di sekitar ibu negara Doha sehingga menyebabkan operasi lapangan terbang tergendala dan penerbangan dibatalkan.

Sumber rakyat Malaysia yang menetap di Doha memberitahu, suasana panik berlaku sejurus sebelum serangan apabila pihak berkuasa mengumumkan penutupan ruang udara hanya beberapa minit sebelum letupan berlaku.

“Masa mula-mula serangan berlaku, semua orang agak kucar-kacir. Selepas pengumuman penutupan ruang udara, terus kedengaran siren dan letupan bertalu-talu yang menggegarkan Doha,” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.

Difahamkan, beberapa rakyat Malaysia yang berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Hamad turut terkesan apabila penerbangan mereka yang dijadualkan sekitar pukul 7 malam waktu tempatan dibatalkan serta-merta.

Mereka kini terkandas tanpa kepastian status penerbangan masing-masing.

“Ramai yang masih tidak tahu status penerbangan mereka. Ada penerbangan yang ditangguh, ada juga yang dibatalkan. Suasana di lapangan terbang agak kelam-kabut,” katanya.

Sumber berkata, semua pelajar sekolah rendah dan menengah Malaysia dan antarabangsa yang berada di Qatar telah diberikan cuti sehari sebagai langkah berjaga-jaga, manakala kebanyakan syarikat dan organisasi kembali beroperasi seperti biasa hari ini.

Bagaimanapun, keadaan dilaporkan mulai reda menjelang pukul 10 malam selepas habis serangan dengan pengumuman oleh pihak kerajaan Qatar mengatakan dalam media, keadaan telah kembali pulih seperti biasa dan selamat.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan Kedutaan Besar Malaysia di Doha, Qatar dimaklumkan bahawa terdapat beberapa siri serangan terhadap pangkalan Al Udeid di Qatar.

Susulan itu, Kedutaan Besar Malaysia di Doha menasihatkan semua rakyat Malaysia untuk berada di dalam rumah, meminimakan pergerakan di luar dan sentiasa berhubung dengan kedutaan.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI