fbpx

The Commerce.Asia terus kuasai pertumbuhan industri e-dagang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kakitangan The Asia.Commerce yang menyertai satu program ilmu di Kuala Lumpur baru-baru ini.

PETALING JAYA – The Commerce. Asia Group of Companies (The Commerce.Asia) terus bergerak ke hadapan sebagai peneraju dalam industri e-dagang di negara ini melalui pertumbuhan era baharu yang diciptanya.

Antara petunjuk kepada kekuatan momentum di dalam kumpulan berkenaan adalah melalui segmen CommersePay yang dapat memudahkan pembayaran digital untuk semua jenis saiz dan segmen LetMeStore yang menyediakan penyelesaian pemborongan termasuk penggunaan robotik, automasi sepenuhnya ke arah usaha untuk mentransformasikan jenama menguruskan logistik.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Kuna Kathigesan, bagi keseluruhan kumpulan, kekuatan syarikat bukan tertumpu kepada teknologikal mendalam  The Commerce.Asia tetapi juga  seiring dengan peningkatan kematangan Malaysia dalam ekonomi digital yang mana aktiviti membeli-belah secara online telah menjadi sebahagian daripada kehidupan jutaan pengguna masa kini.

“Melalui kajian dalaman yang diadakan, ia  menunjukkan pasaran e-dagang di Malaysia kini telah mencatat nilai lebih daripada RM51.73 bilion (AS$12.2 bilion) dan ia dijangka meningkat hampir sekali ganda kepada RM101.35 bilion (AS$23.9 billion menjelang tahun 2030), dengan kadar pertumbuhan tahunan 14.3 peratus..

“Penguasaan telefon pintar kini melebihi  89 peratus dan lebih daripada 18 juta rakyat Malaysia dijangka membeli-belah secara online menjelang tahun 2029.

“Melalui perubahan ketara dalam dunia digital, e-dagang bukan menjadi satu rangkaian khusus tetapi ia adalah sebahagian daripada infrastruktur runcit negara,” katanya dalam kenyataan bersempena OHSEM Marketing 360 yang diadakan di sini baru-baru ini.

Tambah Kuna, peralihan membeli-belah masyarakat kini telah berubah dan mereka telah mempercayai platform, pembayaran dan proses yang berkaitan dengannya.

Selain itu, Pengurus Besar CommercePay, Patricia Silvanus menerangkan, selain segmen  CommercePay dan LetMeStore, platform syarikat turut menawarkan SiteGiant, BizApp, Commerce.Asia Enterprise dan lain-lain.

Menurut beliau, kemudahan tersebut telah memberi manfaat kepada lapan juta perusahaan kecil dan sederhana (PKS) di tujuh pasaran ASEAN.

Jelasnya, bagi  segmen Commerce.Asia dan rakan dagangnya, ia telah membantu mengukuhkan jenama mereka di platform jualan online, mengubah strategi berasaskan data dan juga menyepadukan platform serta melancarkan rentas ekosistem.

“Pedagang kami menyaksikan pertumbuhan dua digit merentasi jualan dan sejak tahun 2018., kami telah berjaya mencapai sasaran dalaman yang telah ditetapkan,”ujarnya. -KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI