fbpx
Razarudin ketika mengadakan pertemuan bersama Ahmad Zahid di Putrajaya, hari ini. Foto Ihsan FB PDRM

Razarudin bertemu Timbalan Perdana Menteri, KSN di Putrajaya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain mengadakan kunjungan hormat ke atas beberapa pimpinan negara di Putrajaya, hari ini.

Menerusi perkongsian di laman Facebook Polis Diraja Malaysia (PDRM), kunjungan hormat tersebut dimulakan sekitar pukul 10 pagi dengan mengunjungi Timbalan Perdana Menteri (TPM) merangkap Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, di pejabat rasmi beliau.

“Selesai pertemuan itu, Tan Sri Razarudin turut mengadakan kunjungan hormat ke atas Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar, diikuti TPM merangkap Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, Datuk Seri Fadillah Yusof,” kata hantaran itu.

Menurut PDRM, kesemua kunjungan hormat itu berakhir sekitar pukul 2 petang tadi adalah bersempena persaraan Razarudin.

Selain itu kata katanya, ia menzahirkan penghargaan kepada kepimpinan tertinggi negara dalam mendokong usahanya mengemudi Pasukan Sang Saka Biru selain memperkasa penguatkuasaan undang-undang di negara ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI