JOHOR BAHRU – Seramai 10 anggota digerakkan bagi membantu membawa seorang lelaki yang memiliki berat badan 200 kilogram (kg) di Taman Mutiara Rini, di sini bagi mendapatkan rawatan di hospital.
Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan II Faisal Ismail berkata, pihaknya menerima panggilan pada pukul 10.49 malam semalam.
Menurutnya, lelaki berusia 46 tahun itu mengalami sesak nafas dan perlu dibawa ke hospital.
“Lelaki itu tinggal di tingkat tiga. Anggota bomba membantu membawa turun mangsa mmenggunakan peralatan khas sebelum dihantar ke Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru,” katanya dalam kenyataan, hari ini.-KOSMO! ONLINE