fbpx

[VIDEO] Dua individu maut ditembak di pusat beli-belah Cheras

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Salah seorang mangsa yang maut selepas ditembak sekumpulan lelaki di sebuah pusat beli-belah, awal pagi tadi.

KUALA LUMPUR – Satu lagi kes tembakan melibatkan sekumpulan lelaki berlaku di sebuah pusat beli-belah di Jalan Loke Yew, Cheras, di sini hari ini.

Menerusi rakaman kamera papan pemuka yang tular di media sosial, sekumpulan lelaki bertopeng dilihat melepaskan tembakan di hadapan pusat beli-belah itu.

Sekurang-kurangnya dua individu maut dalam kejadian tersebut.

Timbalan Ketua Polis Daerah Cheras, Superintendan Ridzuan Khalid mengesahkan kejadian tersebut ketika dihubungi hari ini.

Menurutnya, kenyataan media berhubung kejadian akan dikeluarkan dalam masa terdekat. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI