fbpx

NSFC sambar khidmat Nidzam, Luqman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NIDZAM diberikan kepercayaan sebagai ketua jurulatih baharu NSFC menghadapi saingan Liga M musim depan. - NSFC

PETALING JAYA – Negeri Sembilan FC (NSFC) mengorak langkah awal mempersiapkan pasukan dengan mengesahkan kehadiran dua nama besar tempatan, Nidzam Jamil selaku ketua jurulatih baharu dan Luqman Hakim Shamsudin yang menjadi tonggak utama musim depan.

Pengerusi NSFC, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, pengurusan skuad Hobin Jang Hobin kini dalam memperkukuh persediaan pasukan dan menetapkan hala tuju baharu yang lebih progresif.

Menurut Aminuddin, pelantikan Nidzam diharap dapat membantu pasukan dengan mempamerkan taktikal ampuh bagi saingan Liga Malaysia (Liga M) musim depan.

“Nidzam merupakan individu berpengalaman luas dalam landskap bola sepak Malaysia, baik sebagai bekas pemain kebangsaan mahupun jurulatih berprofil tinggi.

“Kepakaran beliau dalam pembangunan pemain muda dan pendekatan taktikal yang moden diyakini mampu memperkasa NSFC menghadapi saingan Liga Super yang semakin kompetitif,” katanya.

Selain Luqman, Aminuddin turut mengesahkan dua lagi pemain bertaraf kebangsaan seperti penjaga gol, Azri Abd. Ghani dan pertahanan berpengalaman, Ahmad Khuzaimi Piee menyertai NSFC.

Katanya, sebahagian daripada pelan strategik jangka panjang kelab, NSFC akan memberikan penekanan utama kepada pembangunan bakat muda tempatan terutama dari Negeri Sembilan.

“Bagi menjayakan visi ini, NSFC membuat keputusan untuk menandatangani beberapa pemain utama antaranya Luqman, Azri dan Khuzaimi,” katanya.

Sebagai rekod, Nidzam sebelum ini menjadi pengendali Selangor FC sebelum dipecat pada Oktober lepas, manakala Luqman kembali ke kancah Liga M selepas lima tahun berkelana di luar negara. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI