fbpx

Tiada laporan kes cubaan culik di Genting Highlands

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dakwaan kanak-kanak nyaris diculik di Genting Highlands yang tular dalam TikTok sejak semalam.

BENTONG – Polis meminta pemilik TikTok yang mendakwa anaknya nyaris diculik ketika bercuti di Genting Highlands supaya segera tampil membuat laporan bagi membantu siasatan.

Berdasarkan hantaran TikTok ‘Awie gerbg mlm’ seorang lelaki menyatakan anaknya yang berusia empat dan tujuh tahun nyaris diculik tiga pemuda ketika mereka bercuti di pusat peranginan terkenal tersebut.

Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Zaiham Mohd. Kahar berkata, tiada sebarang laporan diterima setakat ini melibatkan insiden penculikan yang tular di TikTok sejak malam semalam.

“Pihak polis memohon pemilik TikTok tampil ke Ibu Pejabat polis Daerah (IPD) Bentong untuk membantu pihak polis menjalankan siasatan.

“Polis memohon kerjasama mana-mana pihak yang mengalami kejadian seperti ini hadir ke balai polis untuk membuat laporan terlebih dahulu,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI