fbpx

Program Korban Bank Rakyat diteruskan tahun ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Program Korban Bank Rakyat yang diadakan di Kemboja tahun ini.

PETALING JAYA – Bank Rakyat meneruskan tradisi menyantuni golongan yang memerlukan menerusi Program Korban Bank Rakyat dengan Program Hulurkan Salam Aidiladha menyasarkan masyarakat dalam negara manakala Program Kembara Qurban Kemboja Bank Rakyat menyasarkan masyarakat Islam di luar negara.

Ketua Pegawai Eksekutif Bank Rakyat, Ahmad Shahril Mohd Shariff melalui satu kenyataan berkata, tahun ini, Bank Rakyat melaksanakan Program Korban Bank Rakyat yang melibatkan keseluruhan 241 ekor lembu dan 159 ekor kambing dalam negara bermula 7hingga 20 Jun 2025, manakala 45 ekor lembu di Kemboja pada 7 Jun 2025.

Katanya, bagi Program Hulurkan Salam Aidiladha, agihan daging korban dalam negara adalah daripada para pemegang Akaun Simpanan-i Tabung Qurban dan Surau Al-Barakah MKBR berjumlah lebih RM1.52 juta.

“Inisiatif ini juga mencerminkan komitmen Bank dalam menyantuni mereka yang memerlukan, selain dapat merapatkan hubungan sesama insan, seiring dengan nilai Malaysia Madani yang mementingkan kesejahteraan, keihsanan dan kemakmuran sejagat.

“Bagi tahun ini, Program Hulurkan Salam Aidiladha turut memperkukuh penglibatan 18 rakan strategik yang terdiri antaranya daripada Avisenna Healthcare Sdn Bhd, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Selangor, Masjid As-Sodiqin Taman Kobena Cheras, Masjid Muhammadi Kota Bharu,” katanya.

Sementara itu, Program Kembara Qurban Kemboja 2025, turut menyantuni komuniti Islam di Kampung Trapeng Prinh dan Kampung Keh, Kemboja. Program ini merupakan kesinambungan daripada inisiatif Program Kembara Qurban Kemboja yang diperkenalkan sejak tahun 2015 turut menjadi platform Bank Rakyat berkenaan dalam memperluaskan usaha Jangkauan Komunitinya ke peringkat antarabangsa.

“Tujuan utama program ini adalah untuk menyantuni penduduk di kawasan pedalaman Kemboja yang hidup dalam kedaifan dan serba kekurangan, di samping memberi peluang
kepada mereka yang beragama Islam untuk merasai kenikmatan dan kemeriahan sambutan Hari Raya Aidiladha seperti umat Islam di negara lain.

“Inisiatif pelaksanaan ibadah korban ini sejak dianjurkan pada tahun 2018 telah memberikan manfaat kepada pelbagai masyarakat, khususnya golongan asnaf, selain mencerminkan keyakinan orang ramai yang semakin meningkat terhadap Akaun Simpanan-i Tabung Qurban,” katanya lagi. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI