fbpx

EPL: Spurs akhirnya putuskan nasib Postecoglou

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
POSTECOGLOU membantu Spurs menamatkan kemarau 17 tahun trofi, namun gagal meyakinkan pihak pengurusan untuk mengekalkan khidmatnya. - AFP

LONDON – Ange Postecoglou akhirnya dipecat sebagai pengurus Tottenham Hotspur oleh kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) itu semalam biarpun berjaya membawa mereka menamatkan kemarau trofi selama 17 tahun dengan kemenangan ke atas Manchester United ketika memenangi Liga Europa.

Walaupun berjaya menghadiahkan kejuaraan Eropah pertama dan memastikan tempat ke Liga Juara-Juara musim depan, prestasi buruk dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) musim lalu sekadar menduduki tangga ke-17 menjadi punca pemecatan tersebut.

Keputusan menamatkan khidmatnya terpaksa dilakukan ekoran musim terburuk Tottenham sejak mereka tersingkir dari liga utama pada 1976-77 selepas tewas 22 perlawanan.

“Selapas mengambil kira semua perkara secara terperinci, kelab mengumumkan bahawa Ange Postecoglou telah dilepaskan daripada tugasnya,” menurut kenyataan Tottenham di akaun rasmi X kelab itu.

Postecoglou yang dilantik mengemudi Spurs dua musim lalu selepas berhijrah dari Celtic telah ditamatkan khidmatnya oleh Pengerusi Daniel Levy.

“Kami telah membuat apa yang kami percaya adalah keputusan yang tepat untuk memberikan kelab ini peluang terbaik memburu kejayaan pada masa hadapan, walaupun ia bukan keputusan yang mudah,” katanya.

Sementara itu, Postecoglou tetap tenang dengan berita pemecatan itu dan menganggap pemecatannya sebagai satu perpisahan yang bermaruah.

“Emosi utama saya adalah satu kebanggaan. Peluang untuk memimpin salah satu kelab bola sepak bersejarah England akan hidup bersama saya seumur hidup,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI