fbpx

Serik benarkan jaga lembu, ramai cakap Aidil kena ‘tanda’ makhluk halus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MUHAMAD AIDIL ditemui dalam keadaan lemah terbaring di bawah pokok pada jarak kira-kira 600 meter dari pos SAR.

MELAKA – Ibu kepada Muhamad Aidil Asyraf Fadli, 15, remaja orang kurang upaya (OKU) pembelajaran yang dilaporkan hilang lebih 30 jam selepas keluar mencari lembu di Kampung Permatang Pasir, di sini, Rabu lalu berasa trauma dengan kejadian yang berlaku.

Ujar Siti Norehan Azhar, 38, dia serik untuk membenarkan anaknya itu mengambil upah menjaga ternakan, apatah lagi ada pihak yang berpendapat remaja tersebut telah ‘ditanda’ oleh makhluk halus.

“Selepas apa yang berlaku, saya tidak lagi mahu benarkan Aidil kembali ke kawasan kebun buat sementara waktu. Biarlah dia rehat dulu,” katanya ketika dihubungi pemberita, malam tadi.

Katanya lagi, lokasi penemuan Aidil turut menimbulkan tanda tanya kerana ia telah beberapa kali diperiksa oleh pasukan mencari dan menyelamat (SAR), namun tiada petunjuk.

“Memang tempat tu dah cari, ramai orang kampung, polis, bomba masuk ke situ, ada yang sampai puluhan orang tetapi tak jumpa. Bila dah jumpa, baru saya percaya benda ni bukan biasa-biasa, mungkin ada unsur mistik,” katanya.

Kosmo! semalam turut melaporkan ustaz dan pengamal perubatan Islam hadir menghulurkan bantuan dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR) Muhamad Aidil atau ‘Gemuk’ yang dilaporkan hilang sejak Rabu lalu di Kampung Permatang Pasir di sini.

Aidil bagaimanapun berjaya ditemui sekitar pukul 2 pagi semalam dalam keadaan lemah terbaring di bawah pokok pada jarak 600 meter dari pos SAR pasukan bomba. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI