fbpx

[VIDEO] ‘Rider’ bergegar gara-gara laju di garisan kuning

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video penunggang motosikal hampir terjatuh semasa melalui garisan kuning di sebuah jalan raya.

PETALING JAYA – Seorang penunggang motosikal berdepan detik cemas apabila hampir terjatuh semasa melalui garisan kuning di sebuah jalan raya.

Menerusi satu rakaman video memaparkan penunggang tersebut ‘bergegar’ sebaik sahaja motosikalnya melalui jalan yang tidak rata.

Lebih mendebarkan, penunggang berkenaan turut kelihatan hanya memegang pemegang motosikal dengan sebelah tangan.

Bagaimanapun, motosikal tersebut berjaya dikawal dan tiada berlaku sebarang kejadian yang tidak diingini.

Tinjauan di ruang komen mendapati, rata-rata pengguna menegur penunggang terbabit yang dikatakan menunggang motosikal terlalu laju.

“Bahaya , aku walaupun naik kapcai pun, tengah laju line kuning nak guna satu tangan pun tak berani, tayar depan lambung,” kata Iwan.

“Laju sangat tu. Line kuning tu untuk kereta besar lalu,” kata Chemuseh.

Sehingga kini, video tersebut telah meraih lebih 40,000 tontonan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI