fbpx

Uzbekistan, Jordan layak ke Piala Dunia 2026

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Barisan pemain Uzbekistan meraikan kejayaan mara ke Piala Dunia selepas wisel penamat pada aksi malam tadi. - Foto Reuters

ABU DHABI – Impian pasukan ranking ke-57 dunia, Uzbekistan untuk mara ke pentas Piala Dunia 2026 akhirnya tertunai selepas seri tanpa jaringan ketika bertemu Emiriyah Arab Bersatu (UAE) pada aksi kelayakan Kumpulan A semalam.

Skuad Turanians berjaya mengesahkan kemaraan ketika saingan kelayakan masih berbaki satu perlawanan apabila menduduki tangga kedua dengan 18 mata, empat mata dibezakan dengan UAE.

Ketua jurulatih Uzbekistan, Timur Kapadze mengakui cukup lega apabila dapat membantu negaranya menamatkan penantian panjang untuk beraksi di kejohanan bola sepak paling berprestij di dunia itu.

“Kita mengharungi banyak cabaran untuk sampai ke tahap ini dan pasukan berjaya lakukannya. Meskipun kita sering berada dalam tekanan, ini bukan kejayaan barisan pemain semata-mata, sebaliknya semua rakyat Uzbekistan,” katanya.

Sementara itu, Jordan yang menduduki ranking ke-62 dunia turut mengesahkan kelayakan ke pusingan akhir Piala Dunia selepas menewaskan Oman 3-0 hasil jaringan hatrik bekas pemain import Selangor FC, Ali Olwan.

Korea Selatan melengkapkan malam gemilang buat arena bola sepak benua Asia apabila mara ke pentas Piala Dunia buat kali ke-11 berturut-turut selepas menewaskan Iraq 2-0.

Selain tiga negara ini, empat lagi pasukan sudah layak bersaing pada kejohanan yang akan berlangsung di Amerika Syarikat, Mexico dan Kanada seperti Iran, Jepun, Argentina, dan New Zealand. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN