fbpx

Polis P. Pinang kejar suspek curi kabel sampai ke Sungai Petani

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kenderaan pikap yang dipandu suspek terbabas ke dalam parit di tepi perumahan Permata Hill Park, Sungai Petani, pagi tadi.

GEORGE TOWN – Usaha pantas pihak polis menjejaki suspek kes curi kabel milik Tenaga Nasional Berhad (TNB) membawa kepada rampasan sebuah kenderaan pikap di kawasan perumahan Permata Hill Park, Bedong, Sungai Petani, Kedah awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Abdul Rozak Muhammad berkata, kejadian berlaku sekitar pukul 3.44 pagi tadi apabila pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian curi kabel di Flat Taman Nusantara, di sini.

“Sepasukan anggota polis yang segera dikerahkan ke lokasi kejadian mendapati kenderaan yang dipercayai digunakan suspek telah melarikan diri ke arah Lebuh Raya Tun Lim Chong Eu.

“Kereta peronda polis berjaya mengesan dan mengejar kenderaan suspek dari susur masuk Jambatan Pertama Pulau Pinang menuju ke Seberang Perai sebelum suspek terus memecut masuk ke Lebuh Raya Utara Selatan menghala ke arah utara,” katanya di sini hari ini.

Abdul Rozak berkata, polis berusaha menghentikan kenderaan terbabit namun suspek enggan mematuhi arahan dan terus melarikan diri dan kemudia terbabas dalam sebuah parit di tepi kawasan perumahan Permata Hill Park di Bedong.

“Suspek kemudian bertindak melarikan diri ke dalam kawasan hutan berhampiran. Pemeriksaan ke atas kenderaan tersebut menemukan beberapa peralatan dipercayai digunakan untuk memotong kabel serta beberapa batang kabel yang telah dipotong di bahagian belakang kenderaan itu,” katanya.

Tambahnya, kes disiasat di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan kerana mencuri dan pihak polis kini sedang giat mengesan suspek terlibat. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI